Ekoran penularan Covid-19 yang tidak boleh dijangka, ramai orang terpaksa bekerja dari rumah (BDR) ataupun work from home (WFH) semula. Ini kerana rakyat Malaysia harus berhadapan dengan PKP yang sering diperketatkan dari masa ke semasa.
Namun, ramai orang yang terkesan tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk menjalankan BDR sepanjang tempoh PKP. Mujur dengan inisiatif kerajaan seperti Jaringan Prihatin, anda akan mendapat pelbagai manfaat dalam memperoleh jalur lebar berkualiti di rumah dengan tawaran yang berbaloi.
Latar Belakang Jaringan Prihatin
Sebagai inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan virus Covid-19 ini, kerajaan telah melancarkan Jaringan Prihatin dibawah bantuan PEMERKASA untuk memberi akses internet dan rangkaian jalur lebar dengan harga yang berpatutan. Bantuan ini dapat membantu ramai orang, khususnya golongan B40 yang memerlukan capaian internet di rumah atas tujuan seperti pekerjaan atau pendidikan jarak jauh.
Dengan kerjasama syarikat telekomunikasi seperti redONE, Jaringan Prihatin dapat membekalkan ramai rakyat Malaysia data internet yang berkualiti pada harga yang rendah. Jika layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh redONE dengan mengambil bahagian dalam program ini. Pelan telefon dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh kerajaan dan redONE khas untuk membantu anda menjalankan urusan harian tanpa sekatan.

Internet Berkelajuan Tinggi
Apabila anda mendaftar dengan Jaringan Prihatin redONE, anda bakal mendapat data internet berkelajuan tinggi yang amat bermanfaat untuk kerja anda. Walaupun anda tiada jalur lebar tanpa wayar di rumah, anda masih boleh melaksanakan kerja semasa BDR dengan baik bersama data berkelajuan tinggi yang datang dengan pakej data redONE.
Data berkelajuan tinggi amat penting untuk BDR. Dengan data internet yang laju, anda dapat menghadiri mesyuarat maya di aplikasi seperti Google Meet, Zoom atau Microsoft Teams tanpa apa-apa sekatan. Capaian internet yang lemah akan membuatkan kualiti panggilan video anda tersekat-sekat dan ini dapat mengganggu komunikasi anda dengan rakan sekerja. Tetapi dengan pakej yang ditawarkan oleh redONE, anda boleh memilih pelbagai pelan dengan data berkelajuan yang sesuai untuk kerja harian anda.
Data internet yang laju juga memudahkan anda untuk memuat turun atau memuat naik fail kerja dengan lancar. Ketika anda sibuk berkejar untuk menghantar tugasan dalam tempoh masa yang suntuk, internet yang laju sememangnya dapat membantu anda. Dengan redONE, segala fail dan dokumen tugasan anda dapat diperoleh dan dihantar dengan baik.
Liputan Internet Yang Meluas
Ramai penduduk di kawasan luar bandar menghadapi kesukaran untuk bekerja dari rumah kerana capaian dan liputan internet yang lemah di lokasi mereka. Ini menyebabkan banyak kerja menjadi tertangguh dan sukar untuk dijalankan.
Selain internet berkelajuan tinggi, jaringan redONE juga mempunyai liputan yang meluas di Malaysia. Di mana sahaja anda berada, anda berpeluang mendapat akses internet yang baik. Dengan capaian internet yang boleh didapati di mana sahaja, anda dapat melakukan BDR tidak kira di mana sahaja lokasi rumah anda.
Internet Jimat Kos Dengan Ganjaran Lumayan
Dengan Jaringan Prihatin, redONE dapat menawarkan pelan telefon berkualiti dengan data berkelajuan tinggi pada harga yang lebih murah untuk semua. Dapatkan manfaat Jaringan Prihatin daripada dua pilihan pelan yang ditawarkan.
Salah satu pilihan pelan yang ditawarkan memberikan anda telefon pintar PERCUMA daripada pelbagai jenis jenama! Dengan pelan pascabayar BPR38 redONE, anda hanya perlu bayar RM38 sebulan untuk 35GB data berkelajuan tinggi. Anda juga berpeluang memiliki telefon pintar yang terlaris di pasaran, seperti Samsung, Redmi, VIVO, Nokia, dan ZTE. Telefon pintar yang baru dan canggih ini mampu membantu urusan kerja harian anda menjadi lebih lancar.
Selain itu, anda boleh pilih untuk mendapatkan rebat RM15 setiap bulan selama 12 bulan di bil redONE anda untuk 4 pelan yang menarik. Anda juga akan dapat ekstra 10GB data berkelajuan tinggi setiap bulan. Kini anda boleh nikmati data mudah alih berkualiti untuk menjalankan BDR dengan lancar sepanjang PKP.
Kedua-dua pilihan Jaringan Prihatin redONE ini dapat menawarkan anda panggilan tanpa had. Selesaikan apa-apa panggilan penting bagi menyelesaikan tugas anda di rumah dengan lancar melalui pilihan pelan istimewa ini. Usah risau lagi dengan kadar bil telefon untuk membuat banyak panggilan apabila anda mendaftar bersama Jaringan Prihatin redONE.

redONE komited dalam menawarkan semua orang peluang untuk mendapat data internet dengan harga yang murah. Mereka yang disenarai hitam juga layak untuk mendapat manfaat daripada pelan pascabayar redONE. Jangan tunggu lagi! Daftar untuk pelan Jaringan Prihatin dan dapatkan telefon pintar PERCUMA dari serendah RM38 sebulan sekarang di redONE.com.my/promotion/jaringan_prihatin.